VARIASI PEMAKNAAN USLUB AL-TANBIH DALAM AL-QURAN [VARIATION OF MEANING USLUB AL-TANBIH IN AL-QUR’AN]

Authors

  • Muhammad Ammar Farhan Ramlan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
  • Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

The diversity of meanings, uslub, al-Tanbih, al-Quran

Abstract

Abstrak: Kajian ini memfokuskan kepada uslub al-Tanbih yang merupakan salah satu daripada asalib yang terdapat di dalam al-Quran. Ia merupakan kaedah berseni dan panduan efektif untuk tujuan komunikasi dan interaksi sesama manusia. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menarik perhatian pihak kedua iaitu orang yang ditujukan berkenaan sesuatu percakapan supaya memberi perhatian penuh serta mendengar dengan teliti berkenaan isi kandungan yang disampaikan oleh pihak pertama iaitu orang yang bercakap. Oleh demikian, kajian ini berbentuk kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah analisis dokumen sebagai kaedah utama pemerolehan data. Seterusnya, data-data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis bagi menghasilkan kaedah-kaedah uslub al-Tanbih bersumberkan pandangan para ulama lughah, ‘ulum al-Qur’an dan mufassirin. Hasil kajian ini telah menemukan beberapa asalib atau gaya bahasa uslub al-Tanbih yang terdapat dalam al-Quran iaitu uslub al-Istifham, uslub al-Tikrar, huruf hijai’iyyah dan juga uslub al-du‘a’. Justeru, kajian ini telah membuktikan bahawa al-Quran adalah kitab mukjizat yang datang daripada Allah SWT dari sudut keindahan bahasa al-Quran dan kefasihannya. Turut dibuktikan juga bahawa al-Quran adalah sebaik-baik panduan bagi umat manusia dari segenap aspek dalam menjalani kehidupan seharian..

Abstract: This study focuses on the uslub al-Tanbih which is one of the asalib contained in the Quran. It is an artistic method and an effective guide for the purpose of communication and interaction among human beings. In addition, it also aims to attract the attention of the second party that is the person addressed regarding a conversation to give full attention and listen carefully to the content presented by the first party that is the person who speaks. Therefore, this study is qualitative study by applying document analysis method as the primary method of data acquisition. Subsequently, the data collected were analyzed and analyzed to generate uslub al-Tanbih methods based on the views of the ulama lughah, ‘ulum al-Qur’an and mufassirin. The results of this study have found several origins or styles of uslub al-Tanbih found in the Quran such as uslub al-Istifham, uslub al-Tikrar, huruf hijai’iyyah and uslub al-du‘a’. Hence, this study has proven that the Quran is a miraculous book that comes from Allah SWT from the perspective of the beauty of the Quran and its eloquence. It is also proven that the Qur'an is the best guide for mankind from all aspects of life.

Downloads

Published

2021-02-05