ANALISIS KEGAGALAN EKSPEDISI PEMBUKAAN KOTA VIENNA TAHUN 1529M DAN 1683M [ANALYSIS OF THE FAILURE IN THE EXPEDITION TO VIENNA IN 1529 AND 1683]

Authors

  • Muhammad Alif Fitri Abdul Halim Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ermy Azziaty Rozali Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

The Ottoman Devlet, Holy Roman Empire, city of Vienna

Abstract

Abstrak: Kejayaan Dawlah cUthmaniyyah menawan kota Constantinople dari Empayar Byzantium pada tahun 1453M, membawa kepada usaha perluasan kuasa yang seterusnya untuk membuka sebuah lagi kota yang menjadi nadi bagi Dunia Kristian Eropah iaitu kota Vienna. Kota Vienna merupakan ibu kota bagi Empayar Roman Suci atau juga disebut sebagai Holy Roman Empire. Sepanjang sejarah Dawlah cUthmaniyyah, terdapat sebanyak dua kali percubaan untuk menguasai kota tersebut. Kali pertama pada tahun 1529M yang diketuai oleh pemerintah ke-10 Dawlah cUthmaniyyah iaitu Sultan Süleyman I dan kali kedua pula diketuai oleh Sadrazam Kara Mustafa Pasha pada tahun 1683M di era pemerintahan Sultan Mehmed IV. Sungguhpun sudah dua kali ekspedisi pembukaan kota tersebut dilancarkan, namun kedua-duanya gagal mencapai kejayaan. Hal ini menyebabkan pengkaji berusaha untuk menganalisis faktor yang membawa kepada kegagalan tersebut di dalam kajian ini. Bentuk kajian yang digunakan adalah berpandukan reka bentuk kajian kualitatif berbentuk kajian sejarah. Ia memerlukan pengkaji menyorot kembali semua maklumat sejarah yang telah lalu khususnya yang berkaitan dengan peristiwa tersebut. Selain itu, kajian ini juga berbentuk analisis deskriptif yang melibatkan unsur sebab-akibat dan tertumpu kepada kedua-dua ekspedisi pembukaan kota Vienna. Kaedah pengumpulan data pula adalah berdasarkan kepada kajian kepustakaan yang melibatkan sumber-sumber rujukan bertulis berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab. Melalui kajian ini, dapat dinilai bahawa terdapat tiga aspek yang boleh dikaitkan dengan faktor kepada kegagalan ekspedisi ini. Pertama; aspek kepimpinan pasukan. Kedua; aspek kelengkapan perang. Ketiga; aspek strategi dan taktik peperangan. Akhir sekali, pengkaji mendapati akibat ketiga-tiga aspek ini gagal dipenuhi dalam setiap ekspedisi pembukaan kota Vienna inilah yang menyebabkan usaha Dawlah cUthmaniyyah untuk menguasai kota Vienna gagal.

Abstract: The Ottoman’s success in opening the city of Constantinople from the Byzantine Empire in 1453 resulted it’s next territory expansion in order to open the ‘heart of Christians Europe’, the city of Vienna. Vienna was the capital of Holy Roman Empire. Bacisally, there were two expeditions launched by the Ottoman to open that city. The first time was in 1529 during the reign of the 10 th sultan, Sultan Süleyman I himself led his army towards Vienna. The second time was in 1683, led by Sadrazam Kara Mustafa Pasha during the reign of Sultan Mehmed IV. However, both expedition ended with failre. This brought the researcher to analyse the factors that led the failure in this research paper. This research used the qualitative methode with historical research based. The researcher need to flashback all the historical information espacially regarding this topic. Besides, this research also used a descriptive analysis method in order to define the cause – impact and focused on the both expedition launch by the Ottoman to open the city of Vienna. Regarding collecting the data, the researcher used literature review to extract the information needed from the written sources in Malay, English and Arabis languages. From this research, there are three espects that can be concluded which related to this failure. Firstly; the leadership espect. Second; the war equipment. Thirdly; the war strategy and technique. Finally, the researcher found that because of these three aspects failed to be fullfill by the Ottomans in both Vienna expeditions, caused them failed to open the city.

Downloads

Published

2021-02-06