TAHAP KEMAHIRAN GENERIK DALAM MELAHIRKAN KEPEMIMPINAN MAHASISWA BERWIBAWA DI POLITEKNIK [LEVEL OF GENERIC SKILLS IN CULTIVATING CAPABLE LEADERSHIP IN POLYTECHNIC STUDENTS]

Authors

  • Mohamad Izzuddin Hilmi Mohamad Zaini Politeknik Sultan Idris Shah
  • Abu Zarrin Selamat Sultan Idris Education University
  • Mohd Fauzi Ali Politeknik Sultan Idris Shah
  • Mohd Husni Abd Halid Politeknik Sultan Idris Shah

Keywords:

Kemahiran generik, politeknik, MPP PSIS

Abstract

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap kemahiran generik dalam melahirkan budaya kepimpinan yang berkarisma terhadap mahasiswa di politeknik. Kajian yang dilakukan di Politeknik Sultan Idris Shah ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana data diperolehi menggunakan kaedah soal selidik. Konstruk instrumen yang menunjangi kajian ini ialah kemahiran komunikasi, kemahiran dalam kepimpinan, kerjasama dalam kumpulan dan penyelesaian masalah di mana setiap konstruk mengandungi 10 item soalan. Data yang diperolehi di proses dengan menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Science (SPSS) v. 20. Sampel kajian yang digunakan merupakan semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah (MPP PSIS) yang terdiri daripada 27 orang. Dapatan kajian mendapati bahawa semua konstruk memperoleh keputusan min yang tinggi iaitu 4.40 pada konstruk kemahiran komunikasi, 4.36 pada kosntruk bakat dalam kepimpinan, 4.41 pada konstruk kerjasama dalam kumpulan dan 4.19 pada konstruk penyelesaian masalah. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa tahap kemahiran generik ahli MPP PSIS dalam melahirkan pemimpin masa depan adalah sangat baik. Ini dapat disimpulkan pada dapatan peratusan keseluruhan bagi 4 konstruk tersebut iaitu 89.67% sementara min keseluruhannya pula ialah 4.34..

Abstract: This study aims to look at the level of generic skills in creating a charismatic leadership culture towards students in polytechnics. This study conducted at Sultan Idris Shah Polytechnic uses a quantitative approach where data is obtained using a questionnaire method. The instrument construct that underlies this study is communication skills, leadership skills, group collaboration and problem solving where each construct contains 10 question items. Data obtained in the process using the Statistical Package for Social Science (SPSS) application v. 20. The study sample used is all members of the Sultan Idris Shah Polytechnic Student Representative Council (MPP PSIS) consisting of 27 people. The findings of the study found that all constructs obtained high mean results of 4.40 on communication skills constructs, 4.36 on talent constructs in leadership, 4.41 on group collaboration constructs and 4.19 on problem solving constructs. These findings also indicate that the level of generic skills of PSIS MPP members in producing future leaders is very good. This can be deduced from the overall percentage of the 4 constructs which is 89.67% while the overall mean is 4.34.

Downloads

Published

2021-02-15